TAKLIMAT GURU KALI - 1 2018
SMAKT - Satu taklimat khas guru kali-1 bagi tahun 2018 berkaitan dengan MS ISO 9001:2015 telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat SMAKT pada 19 Mei (Sabtu) yang lalu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMAKT sendiri iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail. Taklimat kali ini lebih tertumpu kepada Prosedur Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih menyeluruh kepada semua guru-guru berkaitan beberapa prosedur yang perlu dilakukan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus untuk memastikan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 ini akan dilaksanakan dengan baik agar dapat meningkatkan kualiti dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.