BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU
SMAKT – Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu telah diadakan pada 1 Mei 2018 (Selasa) baru-baru ini. Ia telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Bengkel ini adalah di bawah anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sasaran utamanya adalah kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 sahaja.
Penceramah jemputan telah didatangkan khas dari SMK Karak Setia iaitu Encik Mah Hussain Bin Awang Lah. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk pemantapan bagi pelajar yang lemah dan sederhana terus menguasai teknik bagi menjawab kertas 1 matapelajaran Bahasa Melayu.
Semoga segala usaha yang dilakukan akan menghasilkan kejayaan.