KEM TAHSIN SOLAT 2018
SMAKT – Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) SMAKT telah menganjurkan Kem Tahsin Solat kepada 212 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan satu. Kem ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT selama dua hari bermula dari 21 hingga 22 April 2018 yang lalu.
Objektif utama kem ini diadakan antaranya ialah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar dengan lebih jelas berkaitan setiap rukun solat, cara melaksanakannya dengan lebih baik dan mengetahui perkara sunat bagi setiap rukun. Ia juga bertujuan untuk memantapkan solat para pelajar dari aspek pergerakan, bacaan dan niat agar pelajar dapat melakukkan ibadat solat dengan lebih sempurna.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa kem tersebut adalah seperti ceramah 1 yang bertajuk Rukun-Rukun Solat telah disampaikan oleh saudara Fahmi B Arshad, manakala ceramah 2 pula bertajuk Masbuk & Muafik telah disampaikan oleh Ustaz Firdaus Bin Azmy. Tidak ketinggalan bagi aktiviti LDK 1, LDK 2, LDK 3 serta Tasmik bacaan dalam solat juga turut dilaksanakan.
Kebanyakan peserta yang mengikuti program ini melahirkan perasaan gembira dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.