PROGRAM PENGUASAAN BAHASA ARAB

SMAKT – Satu Program Penguasaan Bahasa Arab di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab telah berjaya diadakan pada hari Rabu bertarikh 18 April 2018. Ustazah Yusra Ilyani Bt Faridzul Izan telah diamanahkan sebagai penyelia untuk program ini agar ianya berjalan lancar. Program ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 Abrar sahaja.

Menurut Ustazah Yusra, program ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat bertutur menggunakan Bahasa Arab dengan baik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi keyakinan dan membina jati diri dalam diri pelajar agar dapat menanamkan sifat berani dan boleh berinteraksi dengan baik dalam Bahasa Arab di hadapan umum. Program ini juga bertujuan  untuk menggalakkan pelajar boleh menggunakan Bahasa Arab ketika pembelajaran di dalam kelas serta dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang budaya dan bahasa asing. Beliau juga sangat mengharapkan supaya penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar SMAKT akan meningkat dari masa ke semasa.
 
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini antaranya ialah:
  • Melukis gambar pekerjaan beserta penerangan kemudian dibentangkan.
  • Membina ayat mudah beserta lakonan dengan menggunkan Bahasa Arab.
  • Soalan kuiz tatabahasa dan kalimah.
  • Senaman pagi menggunakan lagu dalam Bahasa Arab. 
  • Bacaan Syair Imam Syafei, dideklamasikan secara beramai-ramai.
  • Sesi soal jawab berkaitan tatabahasa.

Tag: 2018 Bahasa Arab smakt