BENGKEL KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN

SMAKT – Bengkel Kemahiran Hafazan Al-Quran telah diadakan pada hari Selasa, 23 Januari 2018 yang lalu. Ia telah diadakan di Dewan Al-Abqori dan sasaran utama bengkel ini adalah tertumpu kepada 183 orang pelajar tingkatan 4. Ini adalah kerana, mereka akan menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama pada tahun ini.

Menurut Ustazah Hazana Bt Ghazali selaku guru Al-Quran SMAKT, objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar bagaimanakah teknik atau cara yang paling mudah untuk menghafaz Al-Quran. 

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasdi Bin Mohamed Al-Hafiz. Bercerita melalui pengalamannya, beliau telah berjaya menghafal 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh yang singkat iaitu selama 10 bulan sahaja. Menurutnya lagi, ada 3 teknik mudah untuk menghafaz Al-Quran yang boleh dipraktikkan oleh pelajar iaitu langkah pertama adalah persediaan, langkah kedua pula menghafaz dan langkah ketiga adalah pengukuhan. 

Semoga segala ilmu Al-Quran yang disampaikan oleh beliau akan dapat diadaptasikan sepenuhnya oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka.

Tag: smakt 2018