SMA AL-KHAIRIAH, TEMERLOH DINOBATKAN SEBAGAI JUARA ILMIAH DAN JUARA KESELURUHAN MASISUPA KALI KE-42 PERINGKAT ZON 3 TAHUN 2026

SMAKT / 09 APRIL 2026 / KHAMIS / 20 SYAWAL 1447H

Syukur alhamdulillah. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih pasukan serta guru pembimbing di atas kejayaan yang sangat membanggakan pihak sekolah. Teruskan berusaha untuk terus mencapai kecemerlangan yang lebih besar di MASISUPA Peringkat Negeri yang akan diadakan di tiga buah sekolah SMAN, Pekan Pahang yang akan berlangsung pada 23hb  hingga 26hb April 2026.

Keputusan kemenangan tersebut telah diumumkan di Majlis Penutup MASISUPA Peringkat Zon 3 Tahun 2026 yang di adakan di Dataran Azraq, SMA Al-Ittifaqiah Guai pada 8hb April 2026. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Pahang iaitu En. Mahadir Bin Abdul Raffar, AAP., AMP.

Jumlah Pungutan Pingat Acara Ilmiah:
Emas = 19 PINGAT
Perak = 05 PINGAT
Gangsa = 04 PINGAT

Jumah Pungutan Pingat Acara Sukan:
Emas = 03 PINGAT
Perak = 07 PINGAT
Gangsa = 09 PINGAT

Jumlah Pungutan Keseluruhan Pingat:
Emas = 22 PINGAT
Perak = 12 PINGAT
Gangsa = 13 PINGAT

Tag: 2026 MASISUPA