
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEKOLAH KEPADA KETUA KONTINJEN SEMPENA MASISUPA ZON 3 KALI KE-41 2025
SMAKT / 18 APRIL 2025 / JUMAAT / 19 SYAWAL 1446H
Majlis penyerahan Bendera Sekolah sempena MASISUPA Zon 3 telah diserahkan kepada wakil ketua kontinjen iaitu Cikgu Mohd Razali bin Abd Rahman oleh GPK Pentadbitan & Kurikulum, Ustazah Robiah binti Ibrahim. Majlis tersebut telah berlangsung pada hari Khamis dalam suasana yang meriah dan penuh semangat.
Seramai 135 orang kontinjen beserta guru pengiring telah berlepas ke SMA Pelangai sebagai tuan rumah pada tahun ini. Sebanyak enam buah sekolah telah menyertai MASISUPA bagi Zon 3 ini. Acara pertandingan ini berlangsung selama 6 hari bermula dari 12 April yang lalu hingga 20 April 2025.