LENSA SEKOLAH | PERPISAHAN KAKITANGAN GURU
KUANTAN - Kelab Kakitangan dan Guru telah mengadakan Majlis Perpisahan kakitangan guru bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Majlis dihadiri oleh semua guru dan kakitangan dan disempurnakan oleh pengetua. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada yang diraikan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | PENYERAHAN WANG ZAKAT MUIP
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyampaikan bantuan zakat pendidikan kepada para pelajar bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 900 orang pelajar telah menerima sumbangan tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan semoga para pelajar menggunakan sumbangan tersebut dengan tujuan pendidikan pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | MOTIVASI 2.0
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Kaunseling dan kerjaya telah menganjurkan program Motivasi Siri Kedua bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Program tersebut bertujuan untuk meningkat daya saing dan motivasi belajar dalam diri para pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2018
KUANTAN - Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018 telah diumumkan di Dewan ad-Daraquthni oleh pengetua bersama penyelaras Tingkatan 5 yang turut dihadiri oleh calon peperiksaan bersama ibu bapa mereka pada hari tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.