LENSA SEKOLAH | PENYERAHAN WAKAF AL-QURAN BERTAJWID
KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Wakaf Al-Quran Bertajwid bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Majlis tersebut disempurnakan oleh SS Mufti Pahang. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih atas pengajuran dan penyampaian al-quran bertajwid itu. Semoga para pelajar dapat mengambil manfaat atas inisiatif tersebut.
LENSA SEKOLAH | SAMBUTAN HARI GURU
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan penganjuran tersebut adalah untuk meraikan para guru atas usaha mendidik dan membina sahsiah dan akademik para pelajar sepanjang sesi persekolahan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan semoga para guru bersedia dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | MAJLIS KESYUKURAN PEMBINAAN SURAU
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Jawatankuasa Surau telah mengadakan majlis kesyukuran atas pembinaan surau yang telah siap dibina dan surau tersebut digunakan sepenuhnya bagi aktiviti kerohanian yang dirancang oleh pihak sekolah. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah atas pembinaan surau baharu dan semoga para guru dan pelajar dapat menggunakan kemudahan tersebut dengan lebih baik.
LENSA SEKOLAH | HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
KUANTAN - Bahagian Kurikulum Unit Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Penganjuran tersebut bertujuan meraikan kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan yang lalu serta sebagai motivasi kepada pelajar lain. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.