LENSA SEKOLAH | SEMINAR MATA PELAJARAN SMA
KUANTAN - Bahagian Kurikulum telah menganjurkan seminar mata pelajaran bagi calon peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Seminar tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengukuhan para pelajar dalam mata pelajaran yang diambil bagi jenis peperiksaan tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pusat Sumber telah menganjurkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan dengan tema membaca selama 10 minit. Kempen tersebut telah disempurnakan di tapak perhimpunan dengan tujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan guru dan pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dalam penglibatan sepanjang program dan selamat membaca kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGETUA
KUANTAN - Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan pengetua yang telah tamat tempoh perkhidmatan beliau di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat bersara kepada yang diraikan dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN
KUANTAN - Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan penyerahan sumbangan kepada asnaf dalam kalangan pelajar merangkumi semua tingkatan. Majlis tersebut diadakan di surau baharu dan Dewan ad-Daraquthni. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan semoga para pelajar menggunakan sumbangan tersebut dengan tujuan pendidikan pada masa hadapan.