LENSA SEKOLAH | MALAYSIA QURAN HOUR
KUANTAN - Program Malaysia QuranHour yang berlangsung di seluruh Malaysia pada 24 Ramadan 1438H telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar pada peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Program ini telah dilancarkan pada jam 1300 petang bertempat di Dewan Utama ad-Daraquthni. Program yang bertemakan 'Satu Jam Bersama al-Quran' ini membuktikan bahawa membudayakan al-Quran di dalam kehidupan adalah satu aktiviti harian yang perlu dilaksanakan sebagai seorang berbangsa Muslim. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah : Ayat 151 " ..Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui..."
Justeru, program seperti ini harus dipupuk dan dididik bermula daripada generasi awal hingga generasi seterusnya dengan harapan membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian dapat diterap dengan jayanya. #QuranHour #SatuPermulaan #Ramadan4Change