LENSA SEKOLAH | AUDIT SIRIM ISO 2021

KUANTAN - Jawatankuasa ISO SM Agama Al Ihsan telah menerima kunjungan Pemantau Audit SIRIM ISO 2021  yang dilaksanakan secara dalam talian. Pemantauan kali ini diketuai oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al Ihsan. Turut hadir bersama dalam sesi pemantauan tersebut adalah semua warga kerja sekolah (guru dan bukan guru) serta wakil Jabatan Agama Islam Pahang. Tujuan pemantauan tersebut adalah untuk melihat dan menilai tahap kepatuhan dan keakuran kakitangan guru dan bukan guru dalam melaksanakan tugas dibawah tanggungjawab masing-masing secara tidak langsung mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Semoga dengan pemantauan ISO dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan memartabatkan SMAN sebagai institusi pendidikan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang setanding dengan institusi pendidikan yang lain. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua kakitangan guru dan bukan guru dalam usaha mewujudkan suatu perubahan dalan konsep suasana persekitaran bekerja pada masa hadapan.

Tag: 2021 ISO