LENSA SEKOLAH | PERTANDINGAN LIGA HAFAZAN PERINGKAT NEGERI PAHANG

KUANTAN - Unit Kokurikulum SM Agama Al Ihsan telah menghantar seorang peserta bagi mewakili sekolah dalam Pertandingan Liga Hafazan Al Quran (Kategori Menengah & Cilik) Atas Talian Peringkat Negeri Pahang. Antara objektif perlaksanaan adalah untuk mencungkil bakat dan juga kemahiran menghafaz Al Quran dalam kalangan pelajar SMAN yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang cemerlang dan berkualti. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dalam penglibatan sepanjang karnival berlangsung. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kurikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2021 E-CARNIVAL