LENSA ASRAMA | ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU

KUANTAN -  04-05.01.2020 Barisan warden dengan kerjasama Exco Asrama telah menganjurkan satu program tutorial khusus yang merupakan modul khas dalam orientasi kepada pelajar tingkatan 1 asrama dan pelajar asrama yang lain secara amnya. Antara objektif penganjuran adalah memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas seperti mengemas katil merangkumi cadar, bantal dan selimut, mengemas loker pakaian, buku pembelajaran dan sebagainya. Isu kekemasan bilik sangat ditekan oleh pihak sekolah dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih dan bebas penyakit berjangkit. Diharapkan agar dengan pendedahan awal yang sedemikian mampu mencegah segala perkara yang tidak diingini dalam kawasan asrama terutama kesihatan para penghuni.  Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2020 Orientasi