LENSA SEKOLAH | CAFE BAHASA ARAB

KUANTAN - 19.11.2019 Pihak sekolah telah melaksanakan program akhir tahun yang terdiri daripada pelbagai bentuk pengisian sebagai satu inisiatif untuk membina pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka dalam menetapkan halatuju pendidikan masing-masing. Antara yang menarik ialah Cafe Bahasa Arab. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fared dari Universiti College Yayasan Pahang (UCYP). Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.


Tag: 2019 CERAMAH