LENSA SEKOLAH | JELAJAH BAHASA ARAB
KUANTAN, 09.10.2019 - Satu program Jelajah Bahasa Arab telah diadakan di Surau SMA al-Ihsan pagi ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1,2,3 dan 5 dari SMA al-Ihsan dan jemputan seramai 10 orang pelajar dari SMA al-Khairiah serta guru-guru Bahasa Arab dari SMAN Pahang. Program Jelajah Bahasa Arab ini menampilkan pelajar yang mampu bertutur dalam bahasa arab dengan baik. Tahniah kepada Us Shahin (SMA al-Ihsan), Us Asyraf (SMA al-Khairiah), Ustazah Afidah (Bahagian Pendidikan JAIP) serta kepada semua yang menjayakan program ini.