LENSA SEKOLAH | PERPISAHAN EN.ZAINON

KUANTAN - Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Unit Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan telah mengadakan Majlis Perpisahan Kakitangan Bukan Guru bertempat di perpustakaan. Majlis dihadiri oleh semua guru dan kakitangan dan disempurnakan oleh pengetua. Pihak sekolah turut merakamkan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada yang diraikan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 KAKITANGAN