LENSA SEKOLAH | TEAM-BUILDING KEPIMPINAN

KUANTAN - Seramai 150 orang pelajar yang terdiri daripada badan kepimpinan sekolah merangkumi ketua dan penolong kelas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, badan dakwah dan kepimpinan serta exco asrama putera dan puteri telah menghadiri satu kem kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran. Kem tersebut dikendalikan oleh Adnin Consultant. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan Yang Berusaha Haji Mustaparudin Bin Osman, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Semoga dengan pelaksanaan kem kepimpinan ini dapat melahirkan pemimpin yang berdedikasi dan bert6anggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing. 

Tag: kepimpinan 2018