LENSA SEKOLAH | MAJLIS SARANA MUAFAKAT (PETKA)

KUANTAN - Satu Majlis Sarana Muafakat Pelan Tindakan Kecemerlangan Akademik (PETKA) telah dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar khususnya kepada calon PT3, SMA dan SPM bagi tahun 2018. Kehadiran daripada para ibu bapa sangat memberangsangkan semasa berlangsungnya majlis tersebut. Hal ini demikian kerana pengurusan sekolah tidak mampu untuk berjalan secara seimbang tanpa kewujudan para ibu bapa. Pada masa yang sama, ibu bapa mampu untuk menyumbang idea dan mengorak langkah bersama-sama pihak sekolah dalam mentadbir pengurusan sekolah ke arah memastikan tahap pencapaian akademik para pelajar dipertingkatkan. Usaha murni ini disambut baik oleh ibu bapa dan pihak sekolah mengucapkan jazakumullahu khairan kathira diatas sumbang saran dan kepercayaan yang telah diberikan dalam menguruskan akademik para pelajar.

Tag: AKADEMIK 2018