RIBAT MUKHAYYAM SMA AL-BASRIAH KUALA TEMBELING

Unit Kokurikulum SMA Al-Basriah telah menganjurkan Ribat Mukhayyam 2016 peringkat sekolah . Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 16 hingga 18 November 2016.Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini adalah Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Roket air, Pertandingan Memanah, Sukaneka, Team Building dan sebagainya.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini diharapkan dapat mencapai objektifnya seperti berikut :
Berikut adalah objektif-objektif program :

1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.


Tag: ribat mukhayyam perkhemahan