Gotong Royong Membuat Bubur Asyura

23 September 2018 : Masjid Tanjung Bungor, Beberapa orang pelajar dan guru dari SMABKT bersama-sama penduduk kampung Tanjung Bungor bergotong-royong bagi membuat bubur asyura sempena bulan muharram 1440 Hijriah.

Program ini bermula sekitar jam 09.00 pagi. Sebanyak 2 kawah bubur asyura telah disediakan untuk diagihkan kepada penduduk kampung di sini. 

Para pelajar yang menyertai aktiviti ini juga dapat menimba pengalaman dan mempelajari cara memasak bubur asyura disamping dapat membantu penduduk kampung dalam menyediakannya.

Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

Tag: Asyura SMAN Pahang