Program Literasi Digital Bersama Pusat Internet

28 Ogos 2018  – SMABKT, Pusat internet Batu Embun, Jerantut telah berjaya mengadakan satu program kepada pelajar tingakatan 2 dan 3 SMABKT berkenaan dengan penggunaan internet di era baru ini. 

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendidikan awal bagi melahirkan masyarakat celik IT, bertanggungjawab di dalam dunia digital, menggalakkan tingkah laku yang baik dan sikap menghormati secara global apabila berkomunikasi dan bekerjasama dalam dunia digital.

Program ini dikendalikan oleh Puan Ruhaizan Bt Ramly selaku Pegawai di Pusat Internet Kg. Batu Embun, Jerantut dan beberapa orang pegawai yang lain. Cikgu Nurul Huda juga turut sama membantu semasa program ini berjalan.

Para pelajar didedahkan secara santai dengan pelbagai maklumat dan input-input terkini berkenaan internet.

Pihak sekolah amat berpuas hati dengan program yang telah dijalankan dan berharap agar ia dapat dijalankan pada masa akan datang. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dari pusat internet batu embun atas perkongsian maklumat yang diberikan.

Tag: internet SMAN Pahang