Ko Falak : Cerapan Hilal Zulhijjah 1439H
11 Ogos 2018: Pekan, Kelab Ko-Falak SMABKT berkesempatan untuk melakukan aktiviti pencerapan hilal bagi bulan zulhijjah 1439H. Aktiviti ini dilakukan di Tapak Cerapan Hilal Tg. Batu Nenasi, Pekan Pahang.
Perjalan untuk ke tapak cerapan ini mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Seramai 4 orang guru, 10 orang pelajar dan 1 orang pemandu telah menyertai aktiviti ini.
Aktiviti ini bertujuan bagi mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang bagaimana cara pencerapan hilal dibuat bagi menentukan setiap 1 hari bulan dalam kalendar hijri.
Pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri (Pejabat Ukur Daerah Rompin) telah menerangkan dan menunjuk cara bagaimana pencerapan hilal dilakukan oleh mereka.
Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru Kelab Ko-Falak SMABKT dan semoga ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Pahang serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri atas jemputan dan perkongsian dalam aktiviti ini.