Kem Bahasa Al-Quran

10-12 Ogos 2018 : SMABKT, Pelajar tingkatan 1-3 telah mengikuti satu program pemantapan bahasa arab atau lebih dikenali dengan Kem Bahasa Al-Quran ( KEMBAQ). Program yang berjalan selama 3 hari ini dikendalikan oleh Ustaz Zulkarnain Bin Itam daripada Wahyu Language Enterprise. 

Pelbagai pengisian telah diberikan kepada pelajar khususnya berkenaan dengan cara pembinaan ayat dalam bahasa arab dengan betul dan mudah.

Program seperti ini adalah satu program tahunan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ia adalah bagi memantapkan dan memudahkan para pelajar menguasai dan mencintai bahasa arab supaya dapat digunakan dalam pembalajaran dan kehidupan mereka.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Zulkarnain bin Itam dan fasilitator yang sudi memberi tunjuk ajar kepada para pelajar SMABKT.

Tag: Kembaq SMAN Pahang