Ko Falak : Daurah Ilmiah Falakiah
02 Ogos 2018 : Jerantut, Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut telah menganjurkan daurah ilmiah falakiah di Dewan Majlis Daerah Jerantut.
Daurah pada kali ini membincangkan tentang :-
Daurah pada kali ini membincangkan tentang :-
- Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat Menggunakan Rubuu' Mujayyab.
- Penentuan dan Pengiraan Arah Kiblat Menggunakan Rubuu' Mujayyab
Pembentangan ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak bertugas sebagai imam di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru
Program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada golongan awam khususnya, perkaitan ilmu falak dalam kehidupan seharian mereka.
Ribuan terima kasih buat Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut atas jemputan bagi kelab Ko-Falak SMABKT dalam majlis ini.
Pihak sekolah berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.