Pemeriksaan Kesihatan Kancing Gigi dan Talasemia

10 Julai 2018 : Dewan Saidina Umar, SMABKT, beberapa orang pegawai daripada Hospital Daerah Jerantut telah membuat pemeriksaan kesihatan suntikan kancing gigi bagi pelajar tingkatan tiga dan ujian saringan talasemia bagi pelajar tingkatan empat SMABKT.

Pemeriksaan ini adalah program kesihatan berkala dan ia adalah bagi memastikan kesihatan para pelajar dalam keadaan baik.

Pihak SMABKT mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran para petugas kesihatan yang hadir di sini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Tag: kesihatan SMAN Pahang