MAJLIS PENUTUP PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN MINGGU SILATURRAHIM ASRAMA SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-BASRIAH KUALA TEMBELING SESI 2025/ 2026

SMA AL- BASRIAH KUALA TEMBELING, 24 FEBRUARI 2025 
Telah berlangsung majlis penutupan Program Orientasi Tingkatan 1 dan Minggu Silaturrahim Asrama Sesi 2025/ 2026 bertempat di Dewan Utama SMA Al-Basriah Kuala Tembeling.

Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 17 Februari 2025 sehingga 24 Februari 2025. Terdapat banyak program berimpak positif bertujuan meningkatkan jati diri seterusnya keazaman pelajar yang telah disusun sepanjang program berlangsung. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah ini adalah merupakan program kolaborasi dengan Unit Pengurusan Asrama sesi 2025/2026.

Dapatan dan impak positif yang telah diterima adalah sangat memberangsangkan di kalangan pelajar. Semoga program jalinan yang dirancang ini akan menjadi titik mula kepada hubungan dan silaturrahim yang berterusan di kalangan pelajar dan menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan.

Tag: Orientasi