BENGKEL HAFAZAN AL -QURAN
BILIK SEMINAR 2 SMA AL –ATTAS ,23 NOV 2016 – Usaha yang berterusan bagi memastikan anak – anak didik al –attas terus mengorak langkah meniti kejayaan sentiasa dititik beratkan . Bagi merealisasikan kesungguhan tersebut satu bengkel hafazan al –quran telah diadakan ,bengkel tersebut telah disampaikan oleh ustaz Mohamed Hasdi Muhamed Al Hafiz . Semoga usaha murni tersebut akan membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan , in shaa Allah .
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2016
DEWAN MAKAN SMA AL –ATTAS ,24 NOV 2016 – Satu Majlis Anugerah Kokurikulum Tahun 2016 telah selamat melabuhkan tirainya. Majls tersebut telah menjemput Encik Jamial Azhar Bin Zakaria selaku perasmi pada hari tersebut . Encik Jamial Azhar Bin Zakaria adalah daripada alumni sma al –attas,buat pengetahuan semua pembaca beliau ialah merupakan pengusaha kayu jati di Indonesia . Warga Sma Al-Attas amat berbesar hati menjemput beliau kerana kejayaannya telah membuka mata anak – anak al –attas...