
PROGRAM PANITIA BAHASA ARAB
TAPAK PERHIMPUNAN SMA AL –ATTAS , 12 APRIL 2017 – Bagi menarik minta semua pelajar akan penggunaan Bahasa Arab dalam pembelajaran . Persatuan Bahasa Arab telah mengadakan persembahan nyanyian berkumpulan dalam Bahasa Arab . Nyanyian tersebut disampaikan oleh para pelajar dari kelas 2 Amanah & Puan Nurhidayah sebagai guru pembimbing aktiviti tersebut .Nyanyian tersebut menyelitkan penggunaan kata ganti nama & kata kerja seharian agar mereka tertarik & cinta akan bahasa lain selain bahasa Melayu .Persembahan nyanyian itu bertujuan mendedahkan kepada semua agar mempelbagaikan pembelajaran untuk merangsang para pelajar lebih seronok mempelajari sesuatu yang baharu .