ALUNAN AYAT - AYAT SUCI AL -QURAN
DATARAN KEJAT SMA AL -ATTAS , 6 MAC 2017 – Membaca al –Quran satu muka surat setiap pagi telah menjadi satu rutin harian bagi warga SMA AL –Attas setiap kali tamatnya perhimpunan pagi . Kebiasaannya para pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar kelas tahfiz @ pelajar yang mahir dalam teknik pembacaan ayat – ayat suci al –quran ditugaskan menjadi wakil sebagai ketua bagi memimpin bacaan mengikut hari – hari tertentu .
Al –Quran merupakan terapi jiwa agar hidup lebih tenteram . Sehubungan dengan itu , pengetua menginginkan para pelajar lebih mengingati al –quran agar permulaan pembelajaran wajib dimulakan dengan bacaan al –Quran kerana tujuan utama hal ini dilaksanakan membimbing diri mereka lebih ke arah kebaikan .