SEGMEN MARI MASAK SUP CERDIK CIK KHAALISHAH

PERKARA : SEGMEN MARI MASAK BERSAMA CIK KHAALISHAH
 
 TARIKH : 28 MEI 2019
 
 TEMPAT  : RUMAH CIK KHAALISHAH
 
 PENGISIAN : BERIKUT MERUPAKAN BAHAN - BAHAN UNTUK MEMBUAT SUP CERDIK... MUDAH , CEPAT & SEDAP... SATU SIFAT YANG DAPAT DITERAPKAN  OLEH ADMIN DI SINI IALAH KITA SEHARUSNYA BERJIMAT CERMAT DALAM BERBELANJA . JIKA TERDAPAT MASAKAN YANG MUDAH DILAKSANAKAN BOLEH DIBUAT TANPA DIBELI  ITU  CUKUP MENGHIDUPKAN SIKAP KREATIF & TIDAK BOROS BERBELANJA...SELAMAT HARI RAYA DARIPADA CIK KHAALISHAH...
 
 BAHAN - BAHAN
 1) IKAN BILIS ( TUMBUK ) 
 2 ) SUP BUNJUT
 3) BAWANG PUTIH 6 ULAS ( KISAR )
 4) BAWANG MERAH BESAR 4 BIJI ( KISAR )
 5) 4 SEKAWAN
 6) LADA HITAM 
 7 ) LADA SULAH 
 8) AYAM DIPOTONG KECIL
 9) BATANG SADRI
 10 ) DAUN BAWANG
 11) 3 KIUB PATI IKAN BILIS 
 12) GARAM
 13 ) SERBUK PERASA
 
 CARA - CARA MEMASAK
 
 # BAHAN NOMBOR 1 HINGGA 7 DITUMIS HINGGA GARING
 # MASUKKAN AIR HINGGA MENDIDIH 
 # MASUKKAN BAHAN NOMBOR 8 HINGGA 13 SEHINGGA SEBATI & BOLEH DIHIDANGKAN BERSAMA - SAMA MI KUNING @ KUETIAU .
 
 # SELAMAT MENCUBA SUP CERDIK CIK KHAALISHAH 

Tag: #MARIMEMASAKBERSAMACIKKHAALISHAH