PERKONGSIAN ILMU DARIPADA BADAN DAKWAH SEKOLAH

DATARAN KEJAT SMA AL -ATTAS , 10 JAN 2017 – Pada pagi ini para pelajar & guru – guru memperoleh perkongsian ilmu daripada Ustaz Mohd Sharkawi Bin Shaadan selaku Setiausaha Badan Dakwah Sekolah ( BADAR) . Beliau mengupas isu  mengenai  kebaikan berzikir  dalam diri setiap individu .Melalui amalan berzikir semua pihak akan memperoleh ketenangan jiwa malahan segala gerak kerja akan lebih teratur . Terdapat juga hadis dikemukan oleh beliau ,bertujuan menggukuhkan lagi  penerangan beliau . Ilmu yang berguna disampaikan buat peringatan semua agar setiap masa diisi  dengan perkara berfaedah .Akhir pengucapan, beliau  sempat  mengingatkan kepada semua agar  meninggalkan perkara yang akan melalaikan buat diri seseorang & sentiasa mengejar amalan yang baik .

Tag: #ILMU AKHIRAT