BAKAT PELAJAR DICUNGKIL MELALUI PEMBELAJARAN ALAF KE - 21
SMA AL –ATTAS , 3 MAC 2018 – Pembelajaran alaf ke – 21 sememangnya menjadikan satu pengalaman berguna buat guru mahupun para pelajar . Pelbagai teknik diketengahkan agar lebih berpusatkan kepada murid ,hal ini demikaian kerana dapat menjadikan pelajar lebih kreatif malahan berdaya saing dalam sesuatu hal .Baru - baru ini cikgu Hafizah Binti Omar selaku guru yang mengajar RBT ( REKA BENTUK TEKNOLOGI ) dapat menonjolkan pelbagai bakat terpendam melalui hasil karya para pelajarnya .
Dengan menggunakan pelbagai bahan beberapa unit replika rumah telah dibina oleh para pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 . Hasilnya sangat menakjubkan malahan mendapat pujian daripada guru yang melihat replika yang telah dihantar oleh pelajarnya . Melalui pembelajaran alaf ke – 21 sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat yang dimiliki oleh sesetengah daripada mereka .