KATA SEPAKAT DALAM MAJLIS MUAFAKAT
DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS PEKAN , 26 JAN 2018 – Sebelum majlis bermula , para ibu bapa yang hadir dijemput terlebih dahulu menikmati jamuan makan pagi yang telah terhidangnya nasi lemak & teh panas di bawah kanopi . Majlis Muafakat bersama – sama ibu bapa diadakan adalah bertujuan untuk membentangkan kos Pelan Tindakan Kecemerlangan ( PETKA ) sepanjang tahun 2018 ini . PETKA merupakan salah satu cabang yang mana setiap tahun pelbagai unit sekolah terutamanya Unit Kurikulum akan merangkakan segala gerak kerja untuk kecemerlangan anak – anak pelajar tidak kira sama ada cemerlang pembelajaran mahupun cemerlang sahsiah diri mereka .
Penerang dilaksanakan agar para ibu bapa mengetahui ke mana hala tuju kos yang akan dibayar oleh mereka dlam PETKA tersebut , ini juga merupakan salah satu cara membuka minda mereka sentiasa berganding bahu dalam proses kecemerlangan anak – anak mereka kelak . Majlis Muafakat tersebut dikelolakan oleh GPK Kurikulum Ustaz Mohd Shaikan Bin Mohamed Mokhtar ,dihadiri oleh YDP PIBG sekolah Tuan Haji Mohd Sani Bin Mohd Saat ditemani oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob selaku pengetua Al –Attas . Tidak ketinggalan juga ajk PIBG yang sudi hadir pada pagi itu bersama – sama ibu bapa bagi mendengar talimat dalam majlis tersebut . Majlis MUafakat itu berjalan lancar dan berakhir tepat jam 11.45 pagi ..