AIR NAIK SECARA MENDADAK !!

SMA AL –ATTAS , 12 JAN 2018 – Sebagaimana yang diketahui umum , berita mengenai keadaan air yang naik secara mendadak akibat daripada hujan sejak semalam di perkarangan Sekolah Menengah Agama Al –Attas telahpun tular di laman Berita Kuantan . Walaupun Keadaan sekeliling  yang mempunyai banyak air tidak sesekali mematahkan semangat para guru & para pelajar  untuk  menamatkan seharian pembelajaran pada pagi tersebut .

Melalui gambar yang dipaparkan kenaikan air tersebut masih lagi dalam keadaan terkawal . Di bahagian asrama putera air yang dicatatkan sehingga paras buku lali masih lagi menguatkan semangat mereka untuk melangkahkan kaki ke masjid bagi menunaikan solat jumaat . Walau bagaimanapun , ibu bapa yang telah menghantar anak ke sekolah terbabit tidak perlu khuatir kerana warden asrama  yang bertugas akan sentiasa  memastikan keselamatan anak – anak didik di asrama berkenaan .

Tag: #BANJIR2018