PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2-5 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2026
9 Januari 2026 (Jumaat) - Pendaftaran murid Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2026 telah dijalankan di Dewan Syed Hassan Al Attas. Program ini dikendalikan oleh Unit HEM bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar, teratur, dan efisien.
Pendaftaran ini melibatkan pembayaran yuran, penyemakan dokumen penting serta penyerahan buku teks berkaitan sesi persekolahan. Semua murid menunjukkan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung, menjadikan suasana pendaftaran teratur dan sistematik.