Persediaan MASISUPA 2019 - Mendobi Jersi Bola Sepak 25 Februari 2019
Jersi bola sepak telah didobi untuk kegunaan MASISUPA Zon 2. Ini untuk memastikan pelajar-pelajar berasa selesa memakai jersi tersebut walaupun jersi-jersi ini hanya sekadar jersi simpanan jika jersi utama sama dengan pasukan lain. Tahniah kepada pemain-pemain Bola A dan Bola B yang sanggup membiayai sendiri pembelian jersi pasukan Bola Sepak 2019. Ini menunjukkan mereka mampu berdikari untuk MASISUPA 2019. Selamat berjaya semua. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Badminton 25 Februari 2019
Latihan badminton juga diadakan di Dewan Tun Abd Razak bermula dari 8.30 - 10.30 pagi. Semoga berjaya pasukan badminton. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Ilmiah 25 Februari 2019
Latihan ilmiah untuk MASISUPA Zon 2 telah diadakan mengikut acara di kelas-kelas yang ditetapkan dari pukul 8.30 - 10.30 pagi. Seterusnya pada pukul 11.00 pagi, peserta-peserta ilmiah mengadakan rehearsal di Dewan Tun Abd Razak mengikut slot masing-masing sehingga pukul 2.40 petang.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Memanah 25 Februari 2019
Latihan memanah telah diadakan di padang sekolah untuk sesi pagi dari pukul 8.30 hingga 11.00 pagi. Semoga berjaya pasukan memanah SMAM. InsyaALLAH.