Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "cg abdullah"

Papar Artikel

Solat Hajat, Bacaan Surah Al-Waqiah, Bacaan Asma Ul-Husna dan Ruqyah Al-Fatihah untuk Cikgu Abdullah (5 April 2018)

    Alhamdulillah, malam Jumaat ini 5 April 2018, satu majlis solat hajat, bacaan Surah Al-Waqiah, bacaan Asma Ul Husna dan Ruqyah Al-Fatihah telah berjaya dilaksanakan sekali lagi di surau ASPURA dan ASPURI untuk memohon dari ALLAH kesembuhan bagi Cikgu Abdullah. Terimakasih kepada Kelab 1 Malaysia yang telah sudi menaja jamuan ringkas untuk pelajar-pelajar ASPURA dan ASPURI. Marilah kita meneruskan solat hajat dan doa kita untuk kesembuhan Cikgu Abdullah. Semoga doa kita...

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Solat Hajat, Bacaan Surah Al-Waqiah, Bacaan Asma Ul-Husna dan Ruqyah Al-Fatihah untuk Cikgu Abdullah

    Alhamdulillah sekali lagi majlis khas solat hajat, bacaan dan Ruqyah Al-Quran serta ditambah dengan bacaan asma ul husna telah berjaya dilaksanakan untuk mendoakan kesembuhan dan kesihatan untuk Cikgu Abdullah pada malam Rabu 4 April 2018 bertempat di Surau ASPURA SMAM. Semoga ALLAH swt yang Maha Berkuasa dan Maha Menyembuhkan akan mengabulkan doa-doa hambaNya. Marilah kita meneruskan berdoa untuk kesembuhan dan kesihatan Cikgu Abdullah. InsyaALLAH.

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Solat Hajat Khas Untuk Cikgu Abdullah

      Pada malam ini 3 April 2018, telah diadakan sekali lagi Majlis Solat Hajat Khas untuk mendoakan kesembuhan Cikgu Abdullah. Semoga ALLAH mengabulkan permohonan kita. Marilah kita sama-sama meneruskan solat hajat atau doa kita untuk Cikgu Abdullah. Semoga ALLAH memperkenankan doa kita semua. AMIIIIIIIIIN.

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Mohon Doakan Cg Abdullah

   Berita dari ahli keluarga Cikgu Abdullah pada pukul 4 petang 3 April 2018 menyatakan bahawa pihak doktor telah menyatakan Cikgu Abdullah dalam keadaan tenat.Doktor telah mengarahkan semua ahli keluarga datang dengan kadar segera untuk berjumpa dengan Cikgu Abdullah. Doktor menyatakan pihak mereka telah melakukan yang terbaik untuk Cikgu Abdullah dan meminta pihak keluarga redha dengan pemergian Cikgu Abdullah dalam masa terdekat ini. Doktor telah membenarkan membuat lawatan...

Tag: cg abdullah 2018