Program orientasi tg1 Asrama SMAM disambung pada jam 2.30 - 5.00 petang dengan slot kem ibadah. Semoga ianya dapat menjadikan ibadah pelajar-pelajar SMAM lebih sempurna. InsyaALLAH.
Satu gotong royong membina gelanggang bola tampar perempuan telah diadakan pada hari ini Sabtu 19 Januari 2019 di SMAM. Ia melibatkan penglibatan guru-guru, staf-staf, ibubapa, dan pelajar-pelajar lelaki tingkatan 3, 4 dan 5. Program bermula seawal jam 8.45 pagi. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Pada pukul 9.30-11.00 pm pula telah diadakan sesi "ice-breakin" dalam program orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1 asrama. Semoga pelajar-pelajar tingkatan 1 akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana asrama di SMAM. InsyaALLAH.
Program orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1 asrama diteruskan pada sesi malam dengan slot Tazkirah Maghrib dari 7.30 - 8.30 pm. Tazkirah disampaikan oleh ketua warden SMAM Ustaz Syarafi Bin Yaakob. Semoga ianya memberikan input yang baik semua pelajar-pelajar yang hadir.