Keputusan penuh MASISUPA peringkat sekolah SMAM 2019 dalam bentuk pdf boleh di muat turun di ikon muat turun - Keputusan Penuh MASISUPA Peringkat Sekolah SMAM 2019. Harap maklum. Terimakasih.
Warga SMAM mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada Ustaz Jasripuddin dan pasukannya yang sudi menjalankan Kem Kepimpinan untuk pengawas sekolah, PSS dan exco asrama SMAM bermula dari petang Jumaat 15 februari 2019 hingga 17 Februari 2019. Semoga ALLAH memberikan ganjaran terbaik untuk anda semua. InsyaALLAH.
Alhamdulillah, Kem Kepimpinan 2019 telah berakhir pada 12.30 tengahari Ahad 17 februari 2019. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini. Adalah diharapkan agar program ini dapat menerap kemahiran dan semangat kepimpinan yang tinggi dikalangan pengawas-pengawas samada sekolah atau PSS dan juga pada exco asrama yang bertanggungjawab memastikan asrama dalam keadaan baik, teratur dan aman damai. InsyaALLAH.
Warga SMAM ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih atas kesudiaan Dato' Shahaimi Bin Othman selaku YDP PIBG SMAM yang sudi merasmi tutup Majlis Sukan Dan Ilmiah SMAM 2019 dan seterusnya sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Terimkasih. Semoga ALLAH s.w.t. memberikan sebaik-baik ganjaran kepada Dato'. InsyaALLAH.