Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2018"

Papar Artikel

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1 2018

      Rabu 18 Oktober 2018. Satu sesi melengkapkan kerja kursus Geografi tingkatan 1 telah dilaksanakan di SMAM di mana pelajar-pelajar telah diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkannya sebelum dihantar. Masa yang diperuntukkan ialah dari 8.00 pagi - 10.00 pagi. Slot ini diambil untuk mengisi ruang peperiksaan geografi yang tidak ada peperiksaan bertulis. Pelajar-pelajar ini dipantau oleh guru geografi tingkatan 1 iaitu Cikgu Immazura Binti Mamat. Diharapkan semua pelajar...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Kelas Persediaan SMA

    Alhamdulillah, satu sesi ulangkaji berpantau telah diadakan pada malam 16 Oktober 2018 untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 yang akan mengambil peperiksaan SMA Nahu Sorf esok 17 Oktober 2018. Kelas diadakan di Pusat Sumber Sekolah SMAM yang dipantau oleh Ustaz Azrul yang juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk berbincang dengan beliau mengenai sebarang masalah yang dihadapi untuk subjek esok. Semoga semua akanmendapat Mumtaz esok untuk Nahu Sorf dan semua subjek yang lain...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Kelas Anjal SPM 2018 Masuk Minggu Ketiga

   Alhamdulillah, perlaksanaan kelas anjal untuk tingkatan 5 yang bakal mengambil SPM telah masuk ke minggu ke tiga. Perlaksanaan kelas anjal ini adalah bertujuan memberikan pelajar-pelajar masa yang cukup untuk setiap subjek dan para guru pula boleh memfokuskan pelajar terhadap subjek mereka dengan lebih berkesinambungan. Pelajar tampak lebih berkonsentrasi terhadap setiap subjek yang diajar. Semoga semangat dan kesungguhan pelajar akan berterusan sehinggalah tamat SPM yang akan...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Persediaan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3

     Pelajar-pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja menamatkan peperiksaan PT3 mereka sekarang sibuk mengulangkaji pelajaran-pelajaran buuth sebagai persediaan untuk menghadapi pepriksaan akhir tahun mereka yang bakal dilaksanakan pada hari selasa minggu hadapan iaitu pada tarikh 22 Oktober 2018. Adalah diharapkan semua pelajar tingkatan 3 akan dapat menjawab dengan baik peperiksaan tersebut kerana keputusan akhir tahun akan digunakan untuk menilai kelulusan mendapatkan asrama...

Tag: SMAM 2018