Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2017"

Papar Artikel

Lawatan PSS ke Shah Alam

   Satu sesi lawatan sambil belajar telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada hari Sabtu 11 November 2017. Pelajar berangkat ke Shah Alam dengan van seawal jam 7.00 pagi dengan diiringi oleh tiga orang guru iaitu Ustaz Azrul, Cikgu Aesah dan Teacher Nor Adillah. Warga SMAM mengucapkan selamat perjalanan pergi dan balik dan semoga lawatan ini akan meningkatkan motivasi pelajar sebagai  pusat sumber khususnya dan sebagai pelajar...

Tag: lawatan PSS 2017 SMAM pengawas pusat sumber

Papar Artikel

Seminar Perubatan Islam

    Alhamdulillah pada hari Jumaat 10 November 2017, satu seminar ringkas  perubatan Islam yang bertajuk konsep pengubatanIslam menggunakan Ruqyah Ayat 33 telah disampaikan oleh Al-Faqir Ilallah Ustaz Muna Bin Hamzan Al-Kelantani kepada semua warga SMAM bertempat di Dewan Tun Abd Razak. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun Tingkatan 1-3. Alhamdulillah pelajar dan guru menunjukkan minat yang tinggi di sepanjang program berjalan.

Tag: perubatan islam SMAM ruqyah ayat 33 2017

Papar Artikel

Majlis Restu Ilmu SPM 2017

    Alhamdulillah, majlis restu ilmu untuk calon-calon SPM telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat 3 November 2017 di Makmal Komputer SMAM. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Diharapkan dan didoakan kejayaan kepada semua calon-calon SPM yang akan menghadapi peperiksaan bermula dari Isnin ini (6 November 2017) dan akan berakhir pada 28 November 2017. Semoga cemerlang SPM 2017.

Tag: spm SMAM 2017