Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Tag: "smataf"

Papar Artikel

GOTONG-ROYONG 4K

18 JULAI 2018- Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar SMATAF dengan kerjasama Unit 4K SMATAF telah menganjurkan Program Gotong-Royong 4K dengan pembabitan seluruh warga SMATAF yang melibatkan pelajar, guru dan staf sokongan. Program yang meliputi aktiviti sisih, sapu dan susun ini adalah sebagai satu usaha bagi memupuk nilai kebersihan, kerjasama antara guru dan pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran pembelajaran amnya. Program ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5...

Tag: SMATAF 4k JAIP SMAN

Papar Artikel

PERTANDINGAN LESTARI BAHASA NEGERI PAHANG ANJURAN DBP

TARIKH: 12 JULAI 2018
TEMPAT: SMK SERI BERA

SMATAF berjaya meraih naib johan bagi acara forum di Pertandingan Lestari Bahasa Negeri Pahang 2018. Pasukan SMATAF yang mewakili daerah Pekan dengan tajuk "Ilmu dan Kepentingannya dalam membangunkan Modal Insan yang Gemilang" sekali lagi membawa pulang pingat dari acara tahunan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tersebut. Tahniah diucapkan! 

Tag: forum Lestari Bahasa DBP SMATAF

Papar Artikel

LATIHAN PUSAT SIRI 4: PERSIAPAN PAHANG KE KESSUMA 2018

TARIKH: 9-13 JULAI 2018
TEMPAT: DEWAN IBNU SINA & BILIK PING PONG SMATAF 

Skuad badminton dan ping pong Pahang sedang menjalani latihan pusat siri terakhir sebelum bertarung di Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA). KESSUMA 2018 akan diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada minggu hadapan. Semoga pasukan Pahang berjaya membawa pulang pingat dari bumi Perak. 

Tag: Kessuma 2018 SMATAF Pahang UPSI