Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pemberian Vaksin Pelajar Tingkatan 1-3 di PPV SMK Seri Pelangai

30 September, - Hari ini, para pelajar Tingkatan 1-3 telah mengikut program pemberian vaksin peringkat daerah Bentong di SMK Seri Pelangai. 
 
Ini merupakan dos pertama vaksin Covid-19 yang diberi kepada 150 pelajar sebelum sesi bersemuka dijalankan pada awal november nanti. 
 
Semoga usaha ini dapat mengekang penyebaran virus Covid19 di SMAP setelah sesi bersemuka berlangsung kelak.

Tag: vaksin dos pertama pelajar

Program Foodbank YAPIEM


28 September - Hari ini, pihak YAPIEM telah bertandang ke SMAP bagi menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada pelajar yang memerlukan.

Seramai 150 orang penerima sumbangan tersebut telah pun hadir dalam majlis yang diadakan secara pandu lalu. Semoga usaha pihak Yapiem ini terus diberkati dan diganjari oleh Allah.

Tag: sumbangan makanan foodbank yapiem buletinsmap

Pemberian Vaksin di PPV SMK Seri Pelangai


21 September, - Hari ini, para pelajar Tingkatan 4 & 5 telah mengikut program pemberian vaksin peringkat daerah Bentong di SMK Seri Pelangai.

Ini merupakan dos pertama vaksin Covid-19 yang diberi kepada para pelajar sebelum sesi bersemuka dijalankan pada awal oktober nanti.

Semoga usaha ini dapat mengekang penyebaran virus Covid19 di SMAP setelah sesi bersemuka berlangsung kelak.

Tag: vaksin dos pertama pelajar

Tinjauan Lokasi Menaiktaraf Kemudahan 1GOVMobile


11 September - Pihak GITN & BTM SUK telah melakukan tinjauan lokasi untuk menaiktaraf kemudahan 1govmobile di SMAP. Tinjauan ini dijangka akan mewujudkan kemudahan talian internet fiber selepas ini.

Suatu inisiatif yang patut dipuji buat kesungguh SUK & JAIP bagi meningkatkan kemudahan internet di SMAP. Terima kasih SUK Pahang!

Tag: naik taraf internet