Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pemberian Vaksin Dos 2 di PPV SMK Seri Pelangai

12 Oktober - Hari ini, para pelajar Tingkatan 4 & 5 telah mengikut program susulan pemberian vaksin DOS2 peringkat daerah Bentong di SMK Seri Pelangai.

Ini merupakan dos kedua vaksin Covid-19 yang diberi kepada para pelajar setelah pemberian dos pertama pada September lalu.

Semoga usaha ini dapat mengekang penyebaran virus Covid19 di SMAP setelah sesi bersemuka berlangsung kelak.

Tag: vaksin dos kedua pelajar

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 & 5 ke Asrama

10 Oktober - Hari ini pelajar tingkatan 4 & 5 akan kembali ke asrama bagi memulakan sesi PdPC secara bersemuka mulai 11 Oktober ini.

Setelah 6 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sesi persekolah secara bersemuka bakal diadakan secara berperingkat dengan SOP yang ketat.

Kehadiran para pelajar ke asrama ini disaring dengan Rapid Test Kit bagi memastikan para pelajar benar-benar bebas dari jangkitan Covid19.

Selamat kembali

Tag: pembukaan sekolah kembali asrama rtk covid saringan

TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA PELANGAI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

2. Adalah dimaklumkan bahawa Taklimat Pengoperasian Sekolah akan diadakan Secara Atas Talian sperti ketetapan berikut :     

Tarikh : 07 Oktober 2021 (Khamis)
Masa :  8.45 Malam

*Link akan di buka 30minit awal*

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta hadir ke taklimat tersebut. Kerjasama pihak tuan/puan didalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 *AHLI TERLIBAT*

1.  Pengetua
(Puan Romila...

Tag: Taklimat operasi pembukaan sekolah tamat PdPR