Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pendaftaran SMA Pelangai sesi 2022

2 April, Sabtu - Hari ini bermulanya sesi pendafataran persekolahan SMA Pelangai bagi sesi 2022. Pendaftaran yang bermula pada jam 8.30 pagi ini khusus untuk pelajar tingkatan 4 & 5 sahaja.

Alhamdulillah, sesi pagi ini melibatkan pembayaran yuran koperasi dan pengambilan buku teks berjalan dengan lancar. Pelajar tingktan 4 & 5 turut terlibat dengan program disiplin pada petang ini.

Tag: Pendaftaran sekolah asrama

10 Komputer untuk Kegunaan Makmal Komputer SMAP

31 Mac, Khamis - Sebanyak 10 buah komputer telah sampai ke SMA Pelangai hari ini. Ini adalah projek perbekalan Makmal Komputer yang dijalankan oleh pihak SUK  Pahang ke beberapa sekolah-sekolah menengah agama di Pahang ini. SUK Pahang telah menyumbangkan 10 biji komputer untuk kegunaan pembelajaran komputer di SMA Pelangai.

Pihak SMA Pelangai amat berterima kasih dan menghargai sumbangan ini. Semoga perbekalan ini dapat melancarkan lagi kelas komputer yang telah tergendala semasa...

Tag: makmal komputer bekalan pc smy suk

Kunjungan JPN Pahang ke SMA Pelangai

31 Mac, Khamis - SMAP hari ini telah dikunjungi oleh pihak Sektor Pengurusan Maklumat JPN Pahang. Kunjungan bertujuan melihat kesediaan persediaan Ujian Online pada April nanti.

Beberapa telah terpilih mengikuti ujian tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada kajian rintis untuk kegunaan data pendidikan kelak. Pihak JPN turut meminjamkan 30 unit komputer untuk kegunaan tersebut.

Pihak SMAP mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan, dorongan dan kerjasama daripada Pihak JPN Pahang ini....

Tag: komputer ujian jpn spm

Papar Artikel

Sambutan Maulidur Rasul 1443H

Assalamualaikum

Sempena bulan kelahiran Rasulullah S.A.W satu program akan diadakan bagi menyemai rasa cinta dan sayang terhadap Baginda S.A.W

 Program adalah seperti berikut:
Pertandingan Poster
Pertandingan Selawat
Pertandingan Melukis
Pertandingan Lagu Rasulullah
Pertandingan Sajak
Pertandingan Khat

Program ini terbuka kepada pelajar tingkatan 4 & 5 sahaja dan diadakan secara dalam talian sahaja.

Suatu majlis penutupan& penyampaian hadiah akan diadakan dalam tempoh...

Tag: sambutan Maulid nabi maulidur rasul