Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Tag: "pelajar"

Program Pengurusan Disiplin Pelajar

2 April, Sabtu - Sebuah program telah diaturkan oleh unit HEP untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar khususnya buat pelajar tingkatan 4 & 5. Kira-kira 100 orang pelajar telah terlibat dalam Dewan Tingkatan 3 petang ini.

Program yang bermula pada 2.30 petang ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penceramah iaitu Puan Maheran binti Mansor, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( Hal Ehwal Murid) di Pejabat Pendidikan Daerah Raub. Program ini dihadiri Puan Pengtua, PK HEP, Ketua Warden dan...

Tag: disiplin Taklimat asrama pelajar hep

Pemberian Vaksin Dos 2 di PPV SMK Seri Pelangai

12 Oktober - Hari ini, para pelajar Tingkatan 4 & 5 telah mengikut program susulan pemberian vaksin DOS2 peringkat daerah Bentong di SMK Seri Pelangai.

Ini merupakan dos kedua vaksin Covid-19 yang diberi kepada para pelajar setelah pemberian dos pertama pada September lalu.

Semoga usaha ini dapat mengekang penyebaran virus Covid19 di SMAP setelah sesi bersemuka berlangsung kelak.

Tag: vaksin dos kedua pelajar

Pemberian Vaksin Pelajar Tingkatan 1-3 di PPV SMK Seri Pelangai

30 September, - Hari ini, para pelajar Tingkatan 1-3 telah mengikut program pemberian vaksin peringkat daerah Bentong di SMK Seri Pelangai. 
 
Ini merupakan dos pertama vaksin Covid-19 yang diberi kepada 150 pelajar sebelum sesi bersemuka dijalankan pada awal november nanti. 
 
Semoga usaha ini dapat mengekang penyebaran virus Covid19 di SMAP setelah sesi bersemuka berlangsung kelak.

Tag: vaksin dos pertama pelajar

Pemberian Vaksin di PPV SMK Seri Pelangai


21 September, - Hari ini, para pelajar Tingkatan 4 & 5 telah mengikut program pemberian vaksin peringkat daerah Bentong di SMK Seri Pelangai.

Ini merupakan dos pertama vaksin Covid-19 yang diberi kepada para pelajar sebelum sesi bersemuka dijalankan pada awal oktober nanti.

Semoga usaha ini dapat mengekang penyebaran virus Covid19 di SMAP setelah sesi bersemuka berlangsung kelak.

Tag: vaksin dos pertama pelajar