Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Tag: "Cemerlang"

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020


10 September, - Sebuah majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan di beberapa lokasi berasingan hari ini. SMAP terlibat di lokasi Sekolah Menengah Agama Dong, Raub.

Seorang kakitangan yang tidak asing lagi di SMAP iaitu Encik Salim bin Suradi telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Tahniah buat Encik Salim di atas penerimaan anugerah! Semoga Encik Salim terus memberikan khidmat bakti beliau untuk SMAP selepas ini.

Tag: anugerah PERKHIDMATAN Cemerlang 2020 APC

MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KECEMERLANGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2020 SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG

2 Ogos, Isnin - Dua pelajar SMAP telah terpilih sebagai penerima Insentif Kecemerlangan SPM 2020 daripada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Dua pelajar cemerlang tersebut ialah Nur Safiah Syuhadah binti Zakariah, 8A & Daniel Hakim Zull Hazrilfitri, 7A.

Majlis diadakan secara online di Facebook Page JAIP dan dimulakan dengan Program Motivasi pelajar Lepasan SPM & STAM 2020. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah & terima kasih atas pencapaian mereka berdua.

Tahniah...

Tag: insentif kecemerlangan JAIP SPM 2020 Cemerlang