Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Hari pertama persekolahan sesi 2019

02 Januari 2019 : Tapak perhimpunan SMABKT, Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi sesi 2019. Puan pengetua dan para guru telah menyampaikan amanat kepada semua pelajar agar sesi persekolahan tahun ini berjalan dengan baik dan teratur.

Pihak sekolah juga mendoakan agar kejayaan dapat dicapai dengan lebih baik pada tahun ini dari sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum.

Siru a'la barakatillah....

Tag: perhimpunan SMAN Pahang

Papar Artikel

Keputusan PT3 sudah boleh diambil

13 Disember 2018 : SMABKT - Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan di seluruh negara hari ini. 
 
Terdapat 31 orang calon telah menduduki peperiksaan itu tahun ini. Seawal jam 10 pagi para pelajar bersama ibu bapa dan penjaga mereka telah hadir bagi mengambil keputusan di Pejabat sekolah. 
 
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar atas usaha gigih mereka selama ini. Semoga terus sukses bagi tahun mendatang. 
 

Tag: pt3 SMAN Pahang

Papar Artikel

pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2019 berjalan lancar

13 Disember 2018 : Dewan SMABKT, Pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2019 telah diadakan dengan lancar. Ibu bapa dan penjaga telah hadir seawal jam 08:00 pagi bagi membuat pendafataran sebelum memasuki sesi persekolahan tahun hadapan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftarkan anak mereka di SMABKT ini.

Tag: Pendaftaran SMAN Pahang

Papar Artikel

PRogram Mesra Masjid Peringkat Negeri

28-29 November 2018 : Dewan Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran, Satu Program Mesra Masjid peringkat Negeri Pahang di bawah Jabatan Agama Islam Pahang telah di adakan.

Pelajar dari SMABKT telah menjadi wakil dari daerah Jerantut dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Keputusan bagi setiap acara dari SMABKT :- 1. Acara Bacaan Talkin - Aizuddin Daniel, tempat ke 3.

2. Acara Khutbah - Aiman Hakam , saguhati

3. Acara Azan - Shahrul Anuar, Saguhati

Tahniah diucapkan.

Tag: Program Mesra Masjid SMAN Pahang