Merentas Desa peringkat Sekolah
26 April, Jumaat - Unit Kokurikulum telah menganjurkan Sukan Trek 2024 Merentas Desa peringkat Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut . Acara ini melibatkan semua pelajar yang mana ianya menggalakkan perkembangan fizikal dan jasmani para pelajar.
Para pelajar melalui trek yang berbeza mengikut jantina di laluan yang telah ditetapkan. Sudah pasti ianya mencabar! Apa komen pelajar yang dah sertai kali ini?komen sikit.
'Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit'.JOM BACA!
23 April, Selasa - Kami turut menyahut seruan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kepada seluruh rakyat di Negeri Pahang untuk bersama-sama dalam Program 'Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit'.JOM BACA!
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27
20 April, Sabtu - Sekitar Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan Jamuan Hari Raya Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut.
Jutaan terima kasih kepada Tuan Haris Salleh, Penyelaras DUN Pulau Tawar atas kesudian merasmikan majlis. Turut hadir bersama ialah ADUN Pulau Tawar, Ustaz Yohanis memeriahkan majlis.
Sambutan kali ini amat meriah dengan kehadiran ibubapa dan penjaga. Tahniah juga kepada para pemenang cabutan bertuah!
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena Persaraan Guru
17 April,Rabu - Sekitar Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena Persaraan Guru Penolong Kanan KoKurikulum, Ustazah Noor Zalila dan Ustazah Sharifah Saudah. Hilang lagi dua butir permata yang menyinari sekolah ini. Terima kasih atas khidmat bakti sepanjang berada di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut .Semoga majlis yang dilangsung mendapat keberkatan dan menjadi memori indah buat ustazah.
Selamat bersara buat ustazah berdua. Semoga dimudahkan urusan dalam menjalani...